Persepsi Guru Besar Dalam Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam

Authors

  • Doriani Julaihi Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Kawasan Brunei 1, Brunei Darussalam
  • Pg Nur Ashikin Pg Haji Petra Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam

DOI:

https://doi.org/10.55265/lpsjournal.v1i2.17

Keywords:

Pembelajaran, Pengajaran, Penyeliaan, Brunei

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru besar dalam penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam. Guru besar sebagai penyelia hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan, berkemahiran, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi, dedikasi, terlatih dalam tugas-tugas mentadbir, bertaqwa, beriman, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang dalam apa keadaan sekalipun. Populasi kajian terdiri daripada 77 orang guru besar daripada lima zon sekolah ugama. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang telah dibina dan di ubahsuai sebagai alat pengumpul data. Data analisis menggunakan Statistical Package for Social Science PC 11.5 For Windows melalui kaedah deskriptif. Dapatan kajian keseluruhan menunjukkan satu dapatan yang positif bahawa penyeliaan bertujuan untuk memenuhi kehendak profesionalisme dan persepsi keguruan agar matlamat sekolah dan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Published

2022-11-13

How to Cite

Julaihi, D., & Pg Haji Petra, P. N. A. (2022). Persepsi Guru Besar Dalam Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam. Law, Policy, and Social Science, 1(2). https://doi.org/10.55265/lpsjournal.v1i2.17